Segala puji bagi Allah pencipta makhluk yang lemah,mencipta insani sebaik-baik kejadian dan alam maya keseluruhannya.selawat dan salam kepada junjungan besar nabi muhammad s.a.w penghulu segala nabi,keluarga baginda.ahlul bait,generasi para sahabat dan pejuang islam,mujahid dan mujahidah yang berjuang menegakkan islam ditengah-tengah kegawatan jahiliyah moden.
Alhamdulillah pertama-tama dan selama-lamanya saya melafazkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan hidayahnya dapat mengecapi 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam dan masih dipanjangkan umur dan hidup dalam islam dan berbakti dan berjuang dalam islam sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.
Alhamdulillah setinggi lafaz kesyukuran kepada Allah kerana dengan izinnya dapat juga disiapkan blog saya ini pada minggu lepas sebelum bulan puasa agar memudahkan saya sendiri untuk melayari dunia tanpa sempadan ini dengan merentasi maklumat-maklumat terkini tentang dunia politik,arus kehidupan semasa,isu agama dan masyarakat amnya.
Insyaallah dengan adanya blog saya ini juga boleh berkongsi pendapat,bicara mengenai isu ummah dengan sahabat seperjuangan samada sahabat-sahabat sepengajian,rakan-rakan lama dan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi pendapat dengan diri saya yang sangat dhoif ini.
Sesungguhnya bidang penulisan ini adalah merupakan satu kemahiran yang patut dikuasi oleh golongan mahasiswa.dunia yang semakin bersifat global menjadikan seluruh sudut alam mampu digapai dengan hujung jari yang pelbagai sifatnya semakin mudah tersebar tanpa batasan menyebabkan pertempuran pemikiran semakin rancak dan menuntut sifat pro aktif dari pelbagai pihak.disinilah mahasiswa perlu berperanan.ilmu yang dipelajari bukanlah untuk diterjemahkan kedalam kertas-kertas peperiksaan semata-mata.diskusi serta percambahan pemikiran bukanlah terbatas diruangan dibilik kuliah dan tutorial semata bahkan ia sepatutnya dipraktikkan dengan lebih berkesan didunia luar.mahasiswa perlu sentiasa mengasuh diri mereka untuk berfikir diluar kotak dunia mahasiswa bagi mendepani cabaran terhadap islam dan nilai-nilai kemanusiaan..
Akhirnya terimalah seadanya dan mudah-mudahan Allah memberkati kehidupan kita sehari-harian sebagai umat islam dan memandang setiap amalan kita disisinya dengan amalan yang baik.sampaikanlah walaupun dengan sepatah kalimah.
PTJ
9 tahun yang lalu
